Wednesday, June 03, 2009

Tengah prepare lecture..


Dah pukul 2 pagi dah. Nak dekat habis prepare a presentation on Schizophrenia. Pukul 10 pagi esok kena bagi lecture kat student nurses UniKL-RCMP. Tapi yang lebih menarik is the fact that tomorrow i'm gonna see a young man who wants to learn and convert/revert to Islam. Doakan aku ya..

P/s: Nak suruh dia tukar nama tak?

Friday, May 29, 2009

Ujian..

Nearly a week ago Bhaijan (how we call my brother-in-law) met with an accident where he broke his radius (a bone in the forearm) and also his femur (near the hip). Operation done for the right femur by fixing some implant called Dynamic Hip Screw. After two days of a not-very-successful surgery of the femur (some screws seem not to be in their places), he was shocked to learn that another operation is needed for his right radial bone fracture, which is near the wrist. This time an implant called buttress plate will be fixed. Ok lah...sabar sikit lagi...Tapi hari ni the doctor said dia kena tunggu lagi, sebab demam pulak...

So now they're more interested in finding out the cause of the fever as compared to hastening the date of the second operation. My brother is now kind of restless as he gets new neighbors in the ward. (the familiar ones have been discharged).

p/s.. they're unsure whether or not to do a repeat surgery on the hip as the screws (or they themselves) screwed up!

Monday, May 25, 2009

Humanitarian Aid in Bihar, India

Gambar2 ini diambil sewaktu di Bihar, India. Aku di sana selama 3 bulan (Nov 08-Jan 09). Beberapa daerah di Bihar dilanda banjir yang teruk akibat empangan yang pecah di sempadan India-Nepal. Air dari Sungai Koci yang melimpah ke kawasan pertanian dan kediaman secara mengejut telah mengakibatkan kematian manusia, haiwan ternakan dan kerosakan tanaman yang sangat besar. Aku berpeluangan memberi sedikit bantuan perubatan kepada penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat 'sungai-sungai' baru yang tercipta hasil banjir besar tersebut. Dengan bantuan beberapa sukarelawan tempatan, kami bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain dalam program klinik bergerak.

Di Madhepura, satu daerah di Bihar


Keadaan sebuah sekolah di Murliganj, Bihar. Gambar diambil semasa program 'mass de-worming'.

Sukarelawan juga perlu berhenti rehat. Jambatan belakang tu 'Coronation Brige' merentasi sungai Tiesta di Siliguri, West Bengal.


Di Daerah Supaul, dengan local volunteers.


Akibat kekurangan vitamin D. Bowing of legs commonly seen in Rickets.


'Doktor Kampung' at work.

Asslamualaikum

Baru dapat Celcom Broadband...
Minggu lepas ada karnival sukan untuk Staf2 UniKL di Malaysian Spanish Institute, Kulim. Lama betul tak update blog ni. Lepas ni akan rajin balik lah kot.

Monday, August 25, 2008

We conquered Brincang!



17 Ogos 2008, A friend (Farizul), My brother (Farish) and I headed Cameron Highlands for one mission, that is to conquer Mount Brincang. This was done without any professional guide. Apparently at the beginning of our jungle walk, these two cute boys were seen hunting for bird..guna lastik je. Knowing our plan, without much thinking they joined us more than half way tru the peak. Yang mencalar maruah kami ialah keselambaan 2 budak ni (Rashidi and Dewi) who showed no problem walking in the jungle with only slippers, while we were very well equipped..not to mention the 2 weeks of thinking and planning...he he


Not far from the peak kami boleh tengok permandangan gunung ni yang dah mula nampak macam dalam cerita Harry Potter or LOTR (betul ke? tak suka sgt tengok cerita tak real ni, Farish yang cakap macam ni)...pokok2 penuh lumut dan cuaca mula sejuk.


Kami berhenti sekejap half way untuk rehat dan makan (kira breakfast la). Makan roti dengan kaya..plus chocolate cadbury yg aku teragak2 nak beli semalam takut tak bermanfaat sgt. Rupa2nya benda ni yang betul2 laku kat tempat sejuk macam ni...especially for Farish yang habiskan dekat half of it..rileks Farish jgn marah..


Anyway the element of adventure was kind of reduced for we could call Mama and my wife to tell them we're ok...the signal bar was full!


Bila sampai kat puncak, kami start 'masak' air untuk makan mee in cup. At first the fire was burning well tapi lama2 berenti, kayu api kat atas tu sumenye lembap. Nasib baik ada bawak solid fuel. Masa tgh masak tu hari mula mendung, dah tu start drizzling..muka dan tangan Farizul dah mula pucat kebiruan..bukan sebab takut tak dapat makan tapi sebab tak tahan sejuk.. peripheral cyanosis. Kesian jugak tengok dia tapi apa nak buat..raincoat yg memang ada dalam bag dah aku keluarkan, kononnya nak save space. Thanks to the adipose tissue (google it out bro)he has collected so far, Farish selamba je tahan sejuk. Hujan lebat gila2 masa tu. Dalam hati dah mula tension tapi teringat a quote i found in a book, HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING kalau tak silap, it says, there is no such thing as bad weather, there are just different kinds of good weather. It was the best Maggi Mee we have ever had..campur ngan sardin satu tin besar yg habis kami kerjakan sebagai lauk..Dalam nak tunggu hujan berhenti, tapi tak jugak...kitaorang mula ambil wudhu dgn air yg limited yg kami bawak tapi bila time kaki kami sapu atas stokin je. This is because we already had perform our wudhu earlier and wear our socks masa ada wudhu. Benda ni kita boleh buat time tak musafir (24 jam) dan time musafir (3 days). Syaratnya socks tu kita tak tanggalkan selepas ambil wudhu yang complete earlier. Kami solat JAMA dan QASAR atas jalan tar sebab tak banyak tempat yang rata kat atas sana. Ini pengalaman pertama Farish dan Farizul solat dalam hujan,atas jalan tar, dengan stokin dan kasut, dan duduk IQ'A dalam solat. (tak duduk macam biasa tapi atas tumit yg ditegakkan , ask your ustaz for more info)

Kat atas tu kami tengok ada ramai org yg tak nampak macam dah climb this mountain with difficulty..rupa2nya ada jalan raya yang boleh sampai ke puncak, it's about 9 km drive on the other side of the mountain...i was told it is the highest road ever built in malaysia. 2031 meters above sea level.

Alhamdulillah kami selamat sampai di puncak and selamat sampai di brincang town..thanks to our new friends (whose names we forgot to ask as they we busy talking to each other..tgh becinta kot)..a philipino lady and a british guy, who gave us a lift down the mountain with their car. We took the offer because the walk down town would take nearly 3 hours which we could not afford as we wanted to witness DATO LEE chung wei giving Malaysia her first ever GOLD medal in olympics, which he did not(but a silver is ok what)

It was a spectacular experience for me as i don't do much of outdoor activity in the past. This is a good avenue to strengthen family ties and other types of relationships. Our next adventure trip shall either be KORBU, BUBU or GUNUNG BUJANG MELAKA( no,it's not in Melaka).

Wednesday, June 11, 2008

Basic Mission Training, MERCY







This is the first time that i attended such training program. Words alone may not describe this training justly. One has to attend it and experience the thrill and exitement to understand its value.

In this training program we were taught on CPR, conflict management, basic disaster management, map reading, walkie talkie usage and many other important and interesting aspects pertaining to a voluntary mission.

I, reading between the lines, started to feel a growing love for my fellow brothers and sisters though out the world regardless of our differences. And this love has made me volunteer, without a tinge of doubt, for the next mission to Myanmar. (Insya Allah, please make doa for me).

In other words, I have found a deeper and more meaningfull definition of the word HAPPINESS. Come on friends..get yours revisited and redefined before its too late!

Assalamualaikum.

Thursday, May 22, 2008

Lama menyepi...

Assalamualaikum...banyak idea nak share tapi still tak berkesempatan duduk dan menaip.

Monday, January 14, 2008

AMALAN BID'AH


ADAKAH SUNNAH - MENGUSAP (MENYAPU) MUKA SELEPAS SELESAI SOLAT?







Artikel ini adalah sebuah salinan secara ringkas dari perbahasan berkenaan sekitar persoalan adakah menyapu muka ketika selepas salam (selepas solat) itu suatu yang disunnahkan, juga turut mengupas apakah menyapu/mengusap muka sebaik sahaja selepas berdoa itu memiliki contoh dari sunnah yang sahih atau tidak. Mari ikuti.Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):



عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله



“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)




Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:




“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)




Pada riwayat yang lain baginda bersabda:




“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)




Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka di setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud,




“Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata,


“Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).””