Tuesday, November 07, 2006

En. Zamri said...

En. ZAMRI said....
 
7. Tang bidaah dan kurafat ni...aku secara peribadi nak habak..selalunya approach kita yg perlu diperbaiki. Benda sgt betul tapi kekadang disampaikan dlm keadaan silap.Meh aku citer,kesah imam aku 25 thn yg lalu...Isterinya meninggal,Tidak ditalkinkan...Poh bising sakan satu kampung. Sampai ada yg mengata, Aji Haliq tu mengebumikan isterinya bagaikan mengebumikan bangkai kucing.Mengnatijahkan org tak nak belajar dgn dia hampir berpuluh bertahun. (skrg dah ok)
...Silapnya sikit aje...awat tak beri penerangan kat org kampung dulu status talkin tuh.Cuba bayang berapa ramai orang yg berdosa free (mengumpat dia) dek kerana insident tuh!...dan serulah dgn bijaksana....jinakkan jangan kamu liarkan.....
 
I SAY...
 
inilah yang cuba kami ajar pada masyarakat. Tentang salahfaham orang terhadap agama. Ustaz tu tak salah. Orang yg mengumpat tentu dapat dosa. Mungkin imam tuan tu tak sempat nak ajar tentang talkin sebelum istrinya meninggal, maklumlah, dia bukannya tahu bila. Ataupun dia tak berani nak cerita tentang perkara bid'ah ni, sebab akan ada orang yang akan kata, 'dah la tu aji, benda tu dah lama diperdebatkan...perjuangan kita lebih besar ni, janganlah jauhkan orang dari kita!'
 
Atau mungkin haji tu takut digelar WAHABI sebab tak sibuk dengan 'cerita/isu semasa'... tapi sibuk nak ajar orang tentang ibadah yang sahih...
 
ini cuma pendapat saya..


meet jefri at


What will the world find in 2020?
Leave a part of your 2006 in the Yahoo! Time Capsule. Contribute now!

5 comments:

Anonymous said...

entah lak nak cakap apa pun i tak tau..saya rasa baik saudara jefri...stop je perbincangan ni..ada org iri hati rasa nya....

admin said...

masalah sikap punca utamanya...

muslimz87 said...

aslm wbt

moga dr jef istiqamah dgn penulisannya.

admin said...

berbahagialah mereka yang mengikuti jalan yang betul....

umar said...

Renungkan balik tentang ayat ni...
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".
an-nahl 125