Dalam blognya, seorang ustaz telah menulis sebuah artikel yang agak panjang dengan gaya bahasa yang sangat baik, disulami pangalaman peribadinya.
Tajuk artikelnya ialah : Keraguan, adakah itu jalan islah? (islah bermaksud memperelokkan sesuatu). Clik di bawah untuk artikel lengkap.
Tujuan saya mempromosikan blog ustaz ni tanpa minta seringgit pun, adalah kerana ada satu tajuk dari tulisannya yang tidak bertepatan dgn manhaj ahlussunnah.
Beliau menulis...
ISU GERAKAN ISLAM
Sebahagian daripada saranan gerakan Salafi itu memang benar. Ahli-ahli gerakan Islam sepatutnya mengambil serius terhadap bentuk kefahaman mereka terhadap beberapa nas penting yang mendasari perjuangan mereka. Kesilapan memahami perbezaan maksud Jamaatul Muslimin dan Jamaah min al-Muslimin, mempunyai implikasi yang serius.
Akan tetapi ada di antara saranan yang dikemukakan, menimbulkan tanda tanya. Golongan ultra Salafi bermati-matian memaksa gerakan Islam agar memberhentikan serangan mereka terhadap pemerintah dengan alasan tidak syar'ie untuk menegur pemimpin secara terbuka. Saya kira, bukan sahaja gerakan Islam yang tersentak, malah pemerintah juga jadi terkejut. Tidak sangka, selama ini mereka tidak boleh ditegur oleh pembangkang secara terbuka. Mereka perlu ditegur di dalam majlis yang hanya disaksikan oleh Allah dan Malaikat. Rakyat tidak perlu tahu apa yang ditegur, dan di manakah kepincangan pemerintah.
Apakah rasionalnya pemikiran seperti ini?
Jawapan dari saya.....
ARTIKEL DI ATAS TELAH DIMUATKAN OLEH USTAZ HASRIZAL DALAM BLOGNYA.
DAN BERIKUT IALAH JAWAPAN DARI SAYA
Assalamulalaikum. Salam ukhuwwah buat semua. Saya bergiat aktif
dalam parti islam satu masa dulu, maka saya rasa saya ada sedikit
authoriti dalam menilai isu ini yang ada disentuh oleh us. rizal
(senang disebut dan terasa dekat sebab ini juga nama adik saya).
Walaubagaimanapun saya bukanlah seorang penulis, juga bukan seorang
sejarawan..jauh dari seorang 'alim yang mampu mengupas isu agama ini
dgn berkesan...tapi atas kecintaan terhadap satu sunnah yang sudah
dipojokkan, maka saya menulis...
Dalam tulisan ustaz yang sangat baik itu, ustaz ada menyentuh
tentang golongan ultra-salafi dan tentang kritikan terhadap
pemerintah di khalayak ramai. Saya menilai berat perkara ini kerana
amalan mencari salah, menyebar keburukan, mempersenda dan mengutuk
pemerintah seolah-olah menjadi nadi perjuangan sebuah parti di
malaysia. Seolah-olah tanpa hinaan/kutukan/sendaan, tidak mungkin
matlamat perjuangan mereka akan tercapai. Saya tidak katakan ini
berlaku kepada semua, tapi ia sudah mendarah daging dalam 'jemaah'
ini. Buktinya kita boleh dengar dalam kenanyakkan ceramah politik
mereka, dan kita boleh baca dalam lidah rasmi mereka.
Saya pernah beranya, kalau tak kutuk tak boleh ke? dan jawapan yg
saya pernah terima ialah...inilah politik!
Saya rasakan, apabila bercakap tentang Islam, maka Al-quran, Hadith
dan Athar adalah sumber rujukan...bukan semata2 kata2 seseorang
tokoh, walau sehebat mana amalannya, walau sehebat mana jihadnya.
(kata2nya boleh diterima atau ditolak).
Seterusnya, kalau kita bercakap tentang politik Islam, maka nas2
yang akan dikemukakan di bawah mesti ada dalam silibus. Dengan cara
ini trend mengutuk pemimpin secara bebas tidak mengira waktu dan
tempat, dapat dibendung kerana ia tak memberi manfaat, sebaliknya ia
akan membuka ruang untuk satu lagi fitnah iaitu kafir
mengkafir...dan akhirnya kepada satu lagi fitnah iaitu
pemberontakan..
Tidak boleh menghina mereka....
Abu Bilal pernah berkata, tatkala melihat pemerintah berkhutbah
memakai pakaian yg nipis, `lihatlah pemerintah kita memakai pakaian
org fasiq', Abu Bakrah terus berkata diamlah kamu! Saya pernah
mendengar rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang menghina penguasa
Allah di muka bumi, Allah akan menghinanya" (tirmizi-hassan sahih)
Seorang bertanya kepada ibnu Abbas "Bolehkah saya melarang pemimpin
dari maksiat? Ibnu Abbas menjawab, jangan! Kerana ia akan mengundang
fitnah. Bagaimana pula kalau dia menyuruh aku melakukan maksiat?
Jawab Ibnu Abbas, ketika itu janganlah buat! (ibnu abi syaibah dalam
musannaf 15/74)
Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela
pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-
Tamhid 21/287)
Apakah cara mengingkari mereka?.....
Ibnu Abbas pernah ditanya ttg amar maruf nahi munkar kepada
pemimpin. Beliau berkata, `kalau kamu melakukannya dan kamu sudah
mantap, maka lakukanlah dengan cara dia-diam.' (Ibnu Rajab dalam
kitab Jamiul Ulum Wal hikam)
Usamah Bin Zaid pernah ditanya, `sudahkah kamu masuk ke dalam rumah
Uthman dan bercakap dengannya(menegur)?' Dia menjawab, `adakah kamu
mesti tahu setiap apa yg aku cakap kepadanya? Demi Allah, saya telah
bercakap dgnnya secara rahsia dan saya tidak akan menyebarkannya
kepada sesiapapun!' (Sahih bukhari dan Muslim)
Hasan Al-Basri berkata,"Walaupun para penguasa menari-nari diatas
kenderaannya dan orang2 menari mengikutinya, sesungguhnya hati
mereka telah diselubungi kehinaan maksiat. TETAPI kebenaran
mengharuskan untuk selalu tunduk dan taat kepada mereka, dan
melarang utk memberontak terhadap mereka. Bahkan kita diperintahkan
untuk menolak bahaya mereka dengan taubat dan doa. Hal ini wajib
bagi orang yang mahukan kebaikan. (kitab Adabul Hasan Al-Basri
karangan Ibnu Jauzi,hal121)
Said bin Jamhan berkata, `saya pernah berjumpa dgn Abdullah bin Abi
Aufa, beliau seorang buta. Saya mengucap salam kepadanya. Dia
bertanya. Siapa kamu? Saya menjawab, Said Bin Jamhan. Beliau
bertanya, apa yg terjadi kepada ayah kamu? Saya jawab, dia telah di
bunuh oleh orang Azariqah. Beliau berkata semoga Allah melaknat
mereka..semoga Allah melaknat mereka, Rasul pernah kata bahawa
mereka ialah anjing2 neraka. Saya tanya yg dilaknat Azariqah sahaja
atau semua Khawarij? Dia jawab semuanya. Saya berkata lagi,
sesungguhnya penguasa telah berbuat zalim kepada manusia dan berbuat
sewenang-wenangnya. Beliau terus menarik tangnku dgn keras lalu
berkata, celakalah kamu ibnu Samhan, kamu harus selalu bersama Sawad
Al'azam (majoriti kaum muslim). Bila penguasa mahu dengar katamu,
pergilah ke rumahnya dan beritahulah perkara yg kamu tahu. Bila dia
mahu terima, itulah yg kita harapkan. Tapi jika dia tidak mahu
terima, tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu daripadanya. (Ahmad bin
Hambal dalam musnadnya, hadith hassan).
SEBNARNYA ADA BANYAK LAGI HADITH DAN ATHAR DALAM TOPIK POLITIK DAN
PEMERINTAHAN YANG IRONISNYA, AMAT JARANG DITEMUI DALAM BUKU2 YG
MEMBINCANGKAN TOPIK TERSEBUT., SEBALIKNYA HANYA KATA2 BEBERAPA TOKOH
DIUTAMAKAN...
Kesimpulan saya sendiri... Saya tidak menafikan keikhlasan
ahli2/pimpinan jemaah manapun dalam berda'wah. Tapi seruan yang haq
ialah untuk kembali melihat Al-Quran dan As-sunnah mengikut
pemahaman salafussoleh.
jefriharris.blogspot.com

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com