.jpg)
Mengikut perlembagaan Malaysia, sememangnya aku termasuk golongan Melayu kerana aku fasih dalam pertuturan bahasa Malaysia, aku juga hidup seperti orang Melayu..dan aku seorang Muslim. Bahasa Malaysia is my first language. 95% kenalan aku berbangsa Melayu. Aku makan macam orang Melayu…you name it..belacan, durian, masak lemak, asam pedas, pulut, ikan keli…Segala puji bagi Allah yang beri aku peluang dan nikmat selera yang tak dikongkong pengaruh bangsa. Sampaikan ada kawan yang kata aku ni ‘a Malay trapped in an Indian body’.
So in terms of Malaysian constitution, I’m considered a Malay. But in reality I am an Indian. To be specific, my paternal grandparents from Tamil Nadu (my father converted), and my maternal grandparents from Kerala. Both states are in the south of India. Di Kerala orang cakap bahasa Malayalam, orangnya dipanggil orang Malabar. Di Tamil Nadu tu orang cakap bahasa Tamil dan dipangil orang Tamil. Oleh yang demikian, saya ni 100% bukan Melayu. Kalau seseorang di Malaysia ni cakap dia berasal dari India, kita boleh tanya lagi samada dia dari Tamil Nadu, Kerala, Gujerat (macam brother Shah Kirit), Punjab, Delhi…dan sebagainya. Semuanya ada bahasa yang sangat berbeza. Hindustan? Itu bukan satu negara lain…actually ianya nama lain bagi India. Bahasa Malaysia bahasa pertamaku, Bahasa Inggeris yang ke-2. Malayalam? I understand almost nothing…apalagi kalau suruh cakap. Bahasa Tamil? Boleh cakap sikit, dan faham cakap orang almost 100%. Aku lebih berani cakap Jepun (belajar kat skolah dulu), dari cakap Tamil…sebab ada banyak pantang larang bahasa ni (Tamil)..silap2 orang ingat kita ni tak hormat dia sebab ada santai-form dan polite-form. Dan mungkin aku lebih mahir dalam Bahasa Arab daripada bahasa ibunda because I can read, write, and to a certain extend, speak Arabic. Thanks to UIA/IIUM.
UNTUNG ATAU RUGI?
Adakala rasa rasa rugi sebab tak pandai bahasa ibunda, tapi most of the time aku rasa beruntung sebab kalau aku tak selesa berbahasa Malaysia, mustahil aku akan berkawan baik (?bersaudara) dengan kawan2 aku sekarang yang sangat berkualiti…yang banyak mencorakkan minda aku untuk memahami alam dunia dan akhirat yang sangat kompleks…kalau bukan kerana fasih berbahasa Malaysia, mustahil aku sanggup menghadiri kuliah tafsir dan hadith di Kuanta dulu…mustahil aku bersemangat membaca buku2 terjemahan hasil karangan Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ben Baz, Al-Albani, Al-Uthaimin dan banyak lagi. Mustahil juga menghabiskan masa yang panjang dengan buku dan audio Rasul Dahri, Mufti Perlis, Ustaz Radhi USM, Ustaz Hussin Yee dan lain lain lagi…ALHAMDULILLAH. So, tolak-campur2, aku dikira beruntunglah. Anyway I have always been trying to improve my proficiency in my native language, Insya Allah.
Father converted? Yes my father was brought up as a hindu and now he bears the name Harris Abdullah. Abdullah? Why Abdullah? Sebab masa tu Mufti Perlis sekarang ni Dr. MAZA, masih di sekolah menengah…belum keluarkan kenyataan yang tukar nama bapa itu satu kesalahan besar dalam Islam….or else my father’s name would be Harris Nadason. And mine would sound something like JEFRI HARRIS NADASON… macam glamer je, he he he.
***Why am I talking so much about myself? It’s not good you know…because in reality we are almost nothing in comparison with the whole universe…no matter how many titles you have infront of your names. Prof, Dr, Dato, Datuk, Tun, Tan Sri and so on….hakikatnya title yang paling berharga ialah menjadi ABD’ ALLAH (hamba Allah). Masih belum jawab soalan..kenapa cerita pasal diri sendiri? Well, sebab aku nak sampaikan beberapa buah fikiran yang berlegar sekitar persoalan agama dan bangsa.
HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Ada yang tak puas hati dengan ungkapan ini. Ada yang kata ‘ini diskriminasi’, ‘tak adil’..’kenapa ada hak istimewa’…’kita semuanya orang Malaysia’…
Kata2 di atas ada asasnya kalau kita BUTA SEJARAH. Ia juga benar sekiranya kita anggap SEMUA ORANG BUTA WARNA….hakikatnya tidak begitu..Hakikatnya ialah beberapa tahun dulu datuk2 kami (orang2 bukan Melayu) berkerja keras di Tanah Melayu untuk hidup dan …hantar duit ke Negeri2 asal. Tidak ada semangat membangunkan negara ini….dan hakikatnya sehingga ke hari ini masih ramai yang menghantar duitnya ke negeri asal. Kalau revind sikit masa (kalau boleh la), bayangkan kalau datuk2 kami ni tak datang ke sini untuk bekerja…I don’t think we would have a nice and comfortable life like what we are enjoying now.
Kenapa saya sebut BUTA WARNA? Yang saya maksudkan ialah jika semua orang tak kenal siapa berbangsa apa, dan tak ada semangat sayangkan kaum sendiri walaupun sedikit. Bayangkan kalau anda berbangsa India dan mahu menetap di China…you think it’s a good idea? And kalau yang berbangsa Cina mahu tinggal dan berkongsi hak di India? Mesti tak dapat, walau apapun alasan yang diberi…walaupun kita dah berkerja di mana2 sektor contohnya sektor pembinaan selama lebih 20 tahun. Mesti tak dapat hak yg sama dengan kaum pribumi. Sebab warna kulit kita lain, bahasa kita lain, cara hidup kita lain. Tak ada siapa mampu mengubahnya. Kalaulah, kalau ada yang berpendapat datuk2 kita dahulu telah berusaha kerasa secara langsung atau tidak di dalam pembangunan fizikal negara ini, jadi hak mesti diberi sama rata….maka aku nak bertanya macam mana dengan beribu-ribu pekerja Indonesia yang dah menetap lebih 10 tahun di Malaysia, dan bekerja siang malam dalam constuction? Boleh share hak dengan mereka? Sanggup beri anak mereka tempat di Universiti sepertimana anak2 kita? Tentu tak sanggup..
Perlu dinyatakan di sini, ASOBIYYAH bukan semangat sayangkan bangsa sendiri…tapi yang salah ialah menyebelahi puak kita walaupun dia ternyata SALAH. So it is ok if you love your own kind..it’s ok if you help your own race first…bukankah Allah sendiri mengiyakan hakikat kewujudan bangsa dan puak ini dalam Al-Quran?
Kalau ada orang yang kata kaum bumiputra sebenarnya bukan secara asal menduduki Tanah Melayu dan kononnya ini boleh dibuktikan melalui sejarah…saya katakan stop the dangerous thought. Tak payah susah2 buang masa nak buktikan siapa yang sampai sini dulu, kalau tujuannya nak menafikan hak keistimewaan Bumiputra. Tapi kalau ia sekadar satu kajian ilmiyyah yang boleh memperkayakan hasil kajian sejarah, teruskan…kerana kita perlukan intelectual bukan orang2 yang anti-establishers.
REALITI KESTABILAN NEGARA
Fahamilah hakikat bahawa kestabilan negara ini banyak bergantung kepada ketuanan SATU bangsa iaitu MELAYU. Jika kuasa BENAR2 dikongsi, hanya huru-hara yang bakal dilihat. Formula perkongsian kuasa yang diketengahkan oleh kerajaan didasari oleh KONTRAK SOSIAL, satu kontrak yang setahu saya tak ada siapa pernah tandatangan. Dan setahu saya ia seakan satu persetujuan tidak bertulis, yang menjaga kepentingan Melayu, tanpa menidakkan hak2 bangsa2 lain. Orang2 muda zaman sekarang ramai yang TIDAK faham perkara ni. So kita boleh lihat dalam suratkabar2 mereka voice out rasa tak puas hati dengan sistem kemasukan kolej dan universiti, peluang perniagaan dan lain2.
MELAYU=ISLAM?
Saya berbangsa India. Dalam surat beranak tertulis Melayu? (mungkin sebab kulit mak saya putih sikit dan dia yang daftarkan kelahiran saya 29 tahun dulu). Dalam surat beranak anak saya tertulis yang dia berbangsa India. So what? Saya mesti hormat dan sayangkan keturunan saya. Pada masa yang sama saya tak kata bangsa saya paling bertamaddun, dan saya tak akan kata bangsa2 lain kurang baik…sebab Allah rakamkan dalam Al-Quran bahawa, “sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi ALLAH ialah yang paling bertakwa” Ia tidak mengurangkan nilai keislaman saya. Walaupun ramai dari kalangan orang islam di Malaysia find it difficult to draw a thick and fat line between race and religion. Ramai yang masih kabur dengan perbezaan yang sangat besar di antara bangsa dan agama. Anda setuju?
DINAFIKAN HAK?
Mesti ada hak dulu baru orang boleh nafikan. Aku menganggap apa sahaja kelebihan yang aku dapat sekarang merupakan HAK KEISTIMEWAAN yang tidak pernah ada dulu, yang tidak pernah (atau tidak perlu?) dijanjikan dulu. Aku berjaya belajar di sebuah universiti tempatan. Dan sekarang aku mendapat tempat yang dihormati di kalangan masyarakat. What more can I ask? 20 tahun lagi tidak mengapa jika anak aku susah nak masuk IPTA, aku akan usahakan untuk IPTS, jika perlu hantar belajar di luar negeri. Aku tak akan merungut, apalagi membangkang. Ini satu sistem yang baik. Peluang yang lebih besar MESTI diberikan kepada orang Melayu supaya mereka lebih berkuasa dalam politik dan ekonomi. Orang Melayu perlu dilihat sebagai hebat kerana mereka tuan tanah ini…orang Melayu mesti kuat supaya aku dapat berulang ke Masjid tanpa rasa takut, supaya aku dapat kerja dan menyara hidup keluargaku, supaya aku dapat hidup aman dan merasai kenikmatan hidup di Malaysia, kenikmatan yang mustahil dapat aku capai sekiranya datukku tidak dipanggil ke Tanah Melayu untuk bekerja, beberapa dekad dahulu.
MENGAPA AKU MENULIS?
Atas kesedaran inilah aku sangat menyokong kebanyakkan kenyataan Dr. Asri, Mufti Perlis, di antaranya tentang perlunya masjid untuk orang Cina, dan kenyataannya tentang kesalahan menukar nama bapa apabila seseorang itu masuk Islam, dan tentang betapa perlunya orang Islam memurnikan Aqidah dan Ibadah dari bayangan agama yang dianuti datukku dulu…, kenduri 40 hari, 100 hari, tahlil arwah, taklid buta, ziarah kubur wali dan bertawassul secara salah (di Melaka ada satu)..dan lain2.
Dan atas kesedaran yang sama aku sangat berharap parti2 politik melayu tidak bercakaran sesama sendiri seolah2 kita bukan bersaudara, seolah2 satu pihak lagi berada dalam kekufuran. Ada agenda yang lebih besar daripada menukar beberapa patah perkataan dalam sistem perlembagaan negara untuk menambah rupa keislaman negara…iaitu agenda menjadikan individu2 Muslim memahami maksud menjadi seorang insan bertamaddun dan proses ini hanya akan berjaya sekiranya negara kita AMAN.
ABU SARAH JEFRI HARRIS NADASON
10 JUNE 2007