Gambar2 ini diambil sewaktu di Bihar, India. Aku di sana selama 3 bulan (Nov 08-Jan 09). Beberapa daerah di Bihar dilanda banjir yang teruk akibat empangan yang pecah di sempadan India-Nepal. Air dari Sungai Koci yang melimpah ke kawasan pertanian dan kediaman secara mengejut telah mengakibatkan kematian manusia, haiwan ternakan dan kerosakan tanaman yang sangat besar. Aku berpeluangan memberi sedikit bantuan perubatan kepada penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat 'sungai-sungai' baru yang tercipta hasil banjir besar tersebut. Dengan bantuan beberapa sukarelawan tempatan, kami bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain dalam program klinik bergerak.
Di Madhepura, satu daerah di Bihar


Keadaan sebuah sekolah di Murliganj, Bihar. Gambar diambil semasa program 'mass de-worming'.

Sukarelawan juga perlu berhenti rehat. Jambatan belakang tu 'Coronation Brige' merentasi sungai Tiesta di Siliguri, West Bengal.

Di Daerah Supaul, dengan local volunteers.

Akibat kekurangan vitamin D. Bowing of legs commonly seen in Rickets.

'Doktor Kampung' at work.